Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS, Panama seri dalam aksi pembukaan Piala Emas

    NEW YORK, 9 Julai – Pasukan Amerika Syarikat (AS) melepaskan jaringan penyamaan untuk menghasilkan keputusan seri 1-1 menentang Panama semalam bagi membuka tirai aksi Kumpulan B dalam persaingan Piala Emas CONCACAF di Nashville, Tennessee.

    Pemain penyerang kelahiran Inggeris, Dom Dwyer menjaringkan gol bagi pasukan AS, gol keduanya dalam beberapa perlawanan bagi negara angkatnya yang meletakkan pendahuluan 1-0 bagi pasukan AS pada minit ke-50.

    Tetapi pasukan Bruce Arena tidak dapat bertahan ketika Miguel Camargo membalas jaringan bagi pasukan Panama untuk memastikan dua pasukan terkuat dalam pasukan itu berkongsi mata.

    Ia membuka ruang bagi Martinique untuk menamatkan tangga teratas kumpulan B selepas kemenangan 2-0 ke atas Bicaragua.

    Aksi menarik Kelyn Rowe di sudut kiri memberikan umpanan kepada pemain penyerang Sporting Kansas City, Dwyer, yang menjadi rakyat AS hanya tiga bulan lalu, memburu impian bola sepaknya, Stateside, selepas diberitahu dia tidak berjaya menyertai pasukan England.

    Aksi kedua-dua pasukan ketika perlawanan berlangsung. - AFP
    Aksi kedua-dua pasukan ketika perlawanan berlangsung. – AFP

    Rowe dengan mudah menewaskan Michael Murillo dan meluru ke bahagian kiri sebelum membuat hantaran lintang ke dalam kawasan penalti menyaksikan Dwyer berpusing dan melepaskan rembatan kaki kiri ke sudut kanan gawang.

    Jaringan dari pasukan AS merangsang pasukan Panama, menyaksikan rembatan Camargo dari jarak 20 ela melepasi palang dua minit kemudian, kemudian menyaksikan peluang menarik apabila Ismael Diaz juga meledakkan jaringan melepasi palang selepas tandukan menerusi Gabriel Torres yang diselamatkan oleh Brad Guzan.

    Edgar Barcenas juga terlepas peluang sebelum pasukan Panama menjaringkan gol penyamaan.

    Hantaran silang menerusi Barcena tepat kepada Torres, yang memaksa Guzan menyelamatkan kedudukan, tetapi Camargo dari New York City FC bersedia untuk menyudahkan bola yang melantun.

    Beberapa susulan berkualiti dihasilkan, walaupun pasukan AS merasakan sepakan penalti seharusnya diberikan pada minit ke-82 apabila kapten Alejandro Bedoya turun selepas berbalah bersama pemain pertahanan, Luis Ovalle. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda