Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    AS perluas penggunaan pil COVID

    WASHINGTON, 26 APRIL – Pentadbiran Presiden Joe Biden sedang mengambil langkah untuk memperluas penggunaan rawatan COVID Paxlovid, ketika ia berusaha memberikan jaminan kepada doktor bahawa terdapat bekalan yang mencukupi untuk golongan yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit serius atau kematian akibat jangkitan virus itu.

    Paxlovid, dibangunkan Pfizer, pertama diluluskan pada Disember. Bekalan ubat itu pada mulanya amat terhad, tetapi kes COVID di seluruh negara telah berkurangan dan pengeluaran telah meningkat dan kini ia boleh diperoleh dalam jumlah yang banyak. Rumah Putih kini berusaha menambah kesedaran pil dan mengambil langkah untuk menjadikannya lebih mudah untuk diakses.

    Rumah Putih berkata hari ini ia sedang memperluas bekalan kepada doktor, memberitahu mereka bahawa mereka tidak perlu was-was untuk memberikan pil kepada pesakit yang layak. Ia juga mengumumkan bahawa ubat itu kini boleh diedar secara langsung kepada farmasi, selain saluran pengedaran yang dikendalikan oleh negeri. Ia dijangka menambah jumlah pusat daripada 20,000 kepada lebih 30,000 pada minggu depan dan akhirnya kepada 40,000 lokasi.

    Pentadbiran percaya saluran farmasi, yang digunakan untuk menambah penawaran vaksin COVID lebih setahun lalu, akan membantu menawarkan pil antiviral tersebut kepada lebih ramai orang.

    ”Pada dasarnya, kami mahu menjadikan ubat terapeutik ini tersedia untuk semua warga Amerika,” kata Dr Ashish Jha, penyelaras respons COVID Rumah Putih hari ini di CNN. – AP

    Gambar fail menunjukkan presiden Joe Biden semasa bercakap di Rose Garden Rumah Putih di Washington. Biden sedang berusaha memperluas rawatan Paxlovid kepada warga Amerika. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...