AS pertimbang semula pemotongan cukai

WASHINGTON, 20 OGOS – Rumah Putih sedang menimbangkan pemotongan cukai atau tarif untuk mengatasi kemelesetan, media Amerika melaporkan kelmarin, berikutan desakan terhadap Presiden Donald Trump untuk melakukannya demi keseimbangan ekonomi.

Pegawai-pegawai kanan Rumah Putih sedang mempertimbangkan beberapa langkah untuk merangsang ekonomi termasuk memotong cukai gaji untuk sementara waktu bagi meningkatkan gaji bulanan pekerja, The Washington Post melaporkan.

Juga dipertimbangkan adalah pembatalan tarif baharu pentadbiran Trump yang dikenakan ke atas barangan China, menurut The New York Times.

Perbincangan masih di peringkat awal dan para pegawai tidak membangkitkan perkara itu kepada Trump, yang perlu mendapatkan kelulusan dari Kongres, kata akhbar itu.

Rumah Putih membantah laporan dalam satu kenyataan kepada Post yang mengatakan ‘pemotongan cukai gaji bukan sesuatu yang sedang dipertimbangkan pada masa ini’.

Trump pada hari Ahad menolak bantahan terhadap kemelesetan ekonomi selepas laporan data Amerika Syarikat minggu lalu memberi pandangan yang bercampur-campur untuk ekonomi.

“Saya bersedia untuk segalanya, saya tidak fikir kita mengalami kemelesetan, kita melakukan dengan baik,” kata Trump kepada pemberita.

“Kebanyakan ahli ekonomi sebenarnya mengatakan bahawa kita tidak akan mengalami kemelesetan.” – AFP