Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    AS rai Hari Kemerdekaan ke-246

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Brunei Darussalam, semalam telah memperingati Hari Kemerdekaan AS ke-246 dengan majlis sambutan yang diadakan di kediaman rasmi Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn Roberta McClelland.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berserta isteri. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kerajaan, eksekutif perniagaan, pemimpin masyarakat sivil serta tetamu jemputan.

    Majlis terlebih dahulu telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan kedua-kedua buah negara.

    Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada PYT Caryn Roberta McClelland yang antara lain menyentuh mengenai kejayaan Sidang Kemuncak Khas AS-ASEAN baru-baru ini dan memuji kerjasama AS-Brunei Darussalam yang semakin berkembang dalam pelbagai bidang, bermula dari peningkatan keselamatan serantau hingga menangani perubahan iklim serta mengukuhkan hubungan rakyat melalui profesional dan program pertukaran akademik.

    “AS dan Brunei bekerjasama dalam pelbagai cara berban-ding sebelum ini.

    Dengan pelbagai cara, penularan wabak telah menjadikan kita lebih kreatif tentang cara untuk bekerjasama dalam menangani cabaran, namun ia tidak pernah mengurangkan keazaman bagi bekerjasama demi kebaikan negara dan rantau Indo-Pasifik,” jelas beliau.

    Puan Yang Terutama sete-rusnya menekankan komitmen pentadbiran Presiden AS, Tuan Yang Terutama Joe Biden dalam meningkatkan hubungan AS dengan rakan serantaunya bagi menyokong pemulihan pasca pandemik, mengukuhkan hubungan ekonomi, menggalakkan kemapanan alam sekitar dan kerjasama maritim serta menambah baik kesalinghubungan antara manusia.

    Majlis juga menyaksikan PYT Caryn Roberta McClelland dan Yang Berhormat Dato berserta isteri bersama-sama memotong kek sempena Hari Kemerdekaan AS ke-246.

    PYT Caryn Roberta McClelland dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham berserta isteri memotong kek sempena Hari Kemerdekaan AS ke-246 pada majlis yang diadakan di kediaman rasmi Duta Besar Istimewa dan Mutlak AS ke Negara Brunei Darussalam. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...