Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS rampas laman sesawang ‘propaganda’ Iran

    WASHINGTON, 8 OKT – Amerika Syarikat (AS) telah merampas 92 domain web yang digunakan oleh Iran, termasuk empat yang dianggap laman berita Bahasa Inggeris asal, umum Jabatan Keadilan semalam.

    Laman itu dikenal pasti terlebih dahulu dengan risikan dari Google dan seterusnya dengan bantuan dari Twitter dan Facebook, menurut jabatan.

    Empat di antara mereka, dengan nama domain ‘newsstand7.com,’ ‘usjournal.net,’ ‘usjournal.us,’ dan ‘twtoday.net,’ dikendali oleh atau bagi pihak Kor Pengawal Revolusi Islam Iran untuk mempengaruhi dasar domestik dan luar negara AS, menurut Jabatan.

    Sejumlah 88 domain lain juga termasuk dalam laman berita tersebut ‘untuk menyebar propaganda Iran’ dan menyasarkan Eropah Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Pelawat ke laman sesawang semalam boleh melihat satu kenyataan berkata ‘Domain ini telah dirampas oleh Biro Siasatan Persekutuan.’

    “Kami akan terus menggunakan kesemua alat kami untuk menghalang Kerajaan Iran daripada menyalahgunakan syarikat AS dan media sosial untuk menyebar propaganda secara terselindung, untuk mempengaruhi rakyat AS secara rahsia dan menyemai perbalahan,” kata Penolong Peguam Negara John Demers.

    “Pertubuhan berita palsu telah menjadi saluran baharu untuk maklumat palsu yang disebarkan oleh negara autoritarian tatkala mereka berusaha melemahkan demokrasi kami,” kata Demers. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda