Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    AS sahkan perbincangan Balogun

    MIAMI, 24 MAC – Jurulatih sementara AS, Anthony Hudson mengesahkan kelmarin bahawa pegawai Amerika telah bertemu dengan penyerang Arsenal yang berbakat, Folarin Balogun di tengah-tengah spekulasi bahawa beliau mungkin menyertai pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS).

    Balogun, warga kelahiran New York, yang berpindah ke England ketika berusia dua tahun, boleh mewakili Amerika Syarikat, England dan Nigeria, negara kelahiran ibu bapanya.

    Pemain berusia 21 tahun itu mempamerkan aksi mengagumkan musim ini semasa tempoh pinjaman dengan kelab Ligue 1 Perancis, Reims, menjaringkan 17 gol dalam 27 penampilan.

    Walaupun Balogun telah bermain bola sepak remaja untuk Amerika Syarikat, kebanyakan kerjaya berperwakilannya adalah bersama England.

    Bagaimanapun laporan baru-baru ini yang mengaitkannya dengan kerjaya antarabangsa bersama Amerika Syarikat, spekulasi yang semakin kuat minggu ini apabila berita tersebar mengatakan Balogun telah ditemui di Florida di mana AS sedang bersiap sedia untuk perlawanan Liga Negara CONCACAF di Grenada hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...