Sunday, January 29, 2023
23 C
Brunei

-

AS sambung semula perkhidmatan di Havana

HAVANA, 4 JAN – Lima tahun selepas ia ditutup disebabkan serangan misteri ke atas pegawai diplomatik, konsulat Amerika Syarikat (AS) di Havana akhirnya menyambung semula perkhidmatan penuh visa imigran untuk warga Cuba, kelmarin.

Pembukaan semula tersebut terjadi di tengah-tengah penghijrahan besar-besaran dari pulau komunis ke AS, terutamanya oleh pendatang tanpa dokumen, semasa Cuba menghadapi krisis ekonomi terburuk dalam 30 tahun.

“AS sedang berusaha untuk memastikan perpindahan warga Cuba yang selamat, sah dan teratur dengan meluaskan operasi konsular di Havana dan menjalankan semula Program Parol Penyatuan Semula Keluarga Cuba (CFRP),” kata kedutaan dalam satu kenyataan minggu lalu.

Konsulat akan dibuka sepenuhnya untuk memproses visa imigran, namun visa pelancong kekal ditutup pada masa ini.

Konsulat tersebut telah ditutup semasa berada di bawah pentadbiran Donald Trump selepas pegawai diplomatik dan ahli-ahli keluarga mereka jatuh sakit dengan simptom yang kemudiannya dinamakan sebagai Sindrom Havana. – AFP

Gambar fail bertarikh 26 Julai 2015 menunjukkan sebuah kereta convertible klasik Amerika berlalu di sebelah kedutaan AS di Havana, Cuba. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -