AS saran vaksin J&J dihentikan sementara

WASHINGTON, 13 APRIL – Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pemberian vaksin Johnson & Johnson (J&J) ‘dihentikan seketika’ untuk menyiasat laporan kemungkinan pembekuan darah.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan berkata mereka sedang menyiasat pembekuan luar biasa dalam enam wanita yang berlaku 6 hingga 13 hari selepas vaksinasi. Pembekuan berlaku dalam vena yang mengalir darah dari otak dan berlaku bersama dengan platelet rendah. Kesemua enam kes membabitkan wanita di antara umur 18 dan 48 tahun.

Laporan nampaknya sama dengan gangguan pembekuan luar biasa yang dikatakan oleh pihak berkuasa Eropah mungkin dikaitkan dengan vaksin COVID-19 lain yang masih belum diluluskan di AS, dari jenis AstraZeneca.

Lebih daripada 6.8 juta dos vaksin J&J telah diberikan di AS, kebanyakannya tanpa atau hanya mengalami kesan sampingan ringan.

Jawatankuasa Penasihat mengenai Amalan Imunisasi CDC akan bertemu esok untuk membincang kes itu dan FDA juga telah melancarkan siasatan mengenai punca pembekuan dan jumlah platelet rendah.

“Sehingga proses itu selesai, kami menyarankan penggunaan vaksin dihentikan seketika sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Dr Anne Schuchat, penolong pengarah CDC dan Dr Peter Marks, pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologi FDA dalam satu kenyataan bersama. – AP

Gambar bertarikh 8 April menunjukkan vaksin Johnson & Johnson diletak di atas meja di Pusat Kebudayaan Islam Albania di New York. AS menyarankan pemberian vaksin J7J dihentikan seketika untuk menyiasat laporan kemungkinan pembekuan darah. – AP