AS sedia bekerjasama bangunkan Indo-Pasifik pasca COVID-19

SINGAPURA, 27 JULAI – Amerika Syarikat (AS) bersedia bekerjasama dengan Indo-Pasifik bagi “membangun semula ke arah lebih baik” selepas COVID-19, dan bukan sekadar kembali kepada keadaan asal, kata Setiausaha Pertahanan Lloyd J. Austin III.

Dalam ucapannya di Institut Kajian Strategik Antarabangsa ke-40 di Singapura hari ini, Austin berkata perjuangan melawan COVID-19 mesti digandakan dan membangunkan masa depan lebih selamat, sihat, dan makmur.

“Kita mesti fokus pada asasnya … segera bekerjasama untuk menangani krisis COVID dan memulihkan dinamisme ekonomi di rantau ini,” katanya.

Tetapi pemulihan global memerlukan vaksinasi global, kata Austin, yang sedang mengadakan lawatan perkenalan di Singapura, sambil menekankan komitmen AS. – Bernama

Austin ketika berucap di S’pura. – AFP