Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    AS, sekutu bersedia untuk ujian nuklear Korea U

    SEOUL, 3 JUN – Perwakilan khas Presiden Joe Biden bagi Korea Utara hari ini berkata Amerika Syarikat (AS) ‘bersedia untuk segala kemungkinan’ dalam kerjasama rapat bersama sekutunya Korea Selatan dan Jepun ketika ia memantau tindakan Korea Utara bagi satu lagi kemungkinan ujian nuklear.

    Pegawai perisikan Korea Selatan dan AS berkata mereka menyedari usaha Korea Utara untuk mempersiapkan lapangan ujian di bahagian timur laut bagi satu lagi ujian nuklear. Ini merupakan kali ketujuh sejak 2006 dan kali pertama sejak September 2017, apabila ia mendakwa telah meletupkan bom termonuklear untuk dimuatkan ke dalam peluru balistik antara benua.

    Sung Kim, wakil khas AS bagi Korea Utara, berada di Seoul untuk pertemuan tiga hala bersama rakan sejawat dari Korea Selatan dan Jepun bagi membincangkan ancaman perkembangan program senjata nuklear dan misil Korea Utara.

    “AS menilai bahawa DPRK membuat persediaan di tapak ujian Pungggyeri bagi ujian nuklear kali ketujuh. Penilaian isi konsisten dengan kenyataan yang dikeluarkan DPRK baru-baru ini,” kata Kim.

    Selain daripada kerjasama dengan Seoul dan Tokyo mengenai rancangan kontingensi, Washington turut bersedia untuk membuat ‘perubahan jangka pendek dan panjang bagi postur ketenteraan mereka sebagai tindakan kepada mana-mana provokasi DPRK dan sebagai keperluan untuk menguatkan pertahanan dan pencegahan untuk melindungi sekutu mereka di rantau itu’.

    Funakoshi Takehiro, Pengarah bagi Hal Ehwal Asia dan Oceania Jepun, berkata ujian balistik berulang-ulang oleh Korea Utara dan kemungkinan bersedia untuk ujian nuklear menunjukkan keperluan untuk tindak balas antarabangsa yang lebih teguh dan menegur Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kerana tidak sebarang tindakan diambil terhadap ujian dilakukan Korea Utara. – AP

    Sung Kim (kanan) dan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Kim Gunn (tengah) dan Funakoshi Takehiro bergambar bersama semasa pertemuan di Kementerian Luar di Seoul, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...