AS selesa mendahului Eropah di Piala Ryder

KOHLER, 26 SEPT – Pasukan Amerika Syarikat (AS) selesa mendahului 11-5 ke atas Pasukan Eropah dalam saingan Piala Ryder, kelmarin, dengan pasukan pelawat memerlukan rekod untuk kembali bangkit pada hari ini bagi menafikan Pasukan AS dari menjulang trofi.

Pasukan AS, yang terdiri daripada sembilan daripada 11 pemain terbaik dunia, memerlukan hanya 3.5 mata bagi perlawanan akhir perseorangan di Whistling Straits untuk merampas semula Piala Ryder sementara Pasukan Eropah memerlukan sembilan mata untuk mempertahankan kejuaraan tersebut.

“Ia masih belum berakhir,” kata pemain bintang AS, Dustin Johnson. “Kami masih perlu bermain dan semua pemain mesti melakukannya dengan baik. Kami masih mencari empat atau 3.5 mata.”

Pasukan Eropah mampu membuat kebangkitan di LakeMichigan namun tiada pasukan yang pernah bangkit dari ketinggalan 10-6 pada hari terakhir dan berjaya merebut Piala Ryder, seperti yang dilakukan pasukan Eropah pada 2012.

“Mari saksikan sama ada kami mampu mencipta sejarah,” kata pemain kelahiran Sepanyol, Sergio Garcia selepas dua kemenangan bersama Jon Rahm, kelmarin. – AFP

Aksi Bryson DeChambeau membuat pukulan semasa perlawanan Piala Ryder menentang Pasukan Eropah di Whistling Straits, kelmarin.- AFP