AS senarai hitam pegawai kanan China

WASHINGTON, 9 OKT – Amerika Syarikat (AS) semalam mengenakan sekatan visa terhadap pegawai kanan China kerana didakwa menjalankan ‘kempen penindasan terhadap Uighur’ dan kumpulan minoriti Islam yang lain di China, lapor agensi berita Anadolu.

Tindakan itu dibuat sehari selepas AS menyenarai hitam puluhan lagi entiti China atas dakwaan yang sama.

Setiausaha Negara Mike Pompeo berkata sekatan visa itu kerana Beijing telah menjalankan kempen penindasan di rantau itu ‘termasuk tangkapan secara besar-besaran, menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk menjalankan pengawasan dan mengintip identiti budaya dan agama, selain memaksa individu yang menetap di luar negara kembali untuk berdepan situasi yang berbahaya di China.’ – Bernama