AS senarai hitamkan Putin

WASHINGTON, 10 Jan – Amerika Syarikat semalam menyenarai hitam penguatkuasa terkenal Presiden Rusia Vladimir Putin dan tersangka utama dalam pembunuhan bekas pengintip Alexander Litvinenko di London satu dekad lalu.

Perbendaharaan AS menambah penyiasat kanan persekutuan Rusia Alexander Bastrykin dan pembunuh Andrei Lugovoi dan Dmitri Kovtun kepada senarai sekatan Akta Magnitsky.

Mengumumkan keputusan itu, Jabatan Negara tidak membutirkan tuduhan untuk sasaran baru, namun tindakan tersebut diambil pada masa ketegangan diplomatik yang meningkat dengan Moscow.

“Setiap nama yang ditambah baru-baru ini diambil kira selepas penyelidikan secara menyeluruh,” kata jurucakap John Kirby.

Kirby berkata nama yang disasarkan mempunyai peranan dalam jentera penindasan sistem penguatkuasaan undang-undang Rusia, serta individu yang terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia.

Vladimir Putin ketika mendengarkan ucapan semasa mesyuarat di Moscow Kremlin di Moscow, Rusia, kelmarin. AS semalam menyenarai hitam beliau dan tersangka utama dalam pembunuhan bekas pengintip Alexander Litvinenko di London satu dekad lalu. – AP
Vladimir Putin ketika mendengarkan ucapan semasa mesyuarat di Moscow Kremlin di Moscow, Rusia, kelmarin. AS semalam menyenarai hitam beliau dan tersangka utama dalam pembunuhan bekas pengintip Alexander Litvinenko di London satu dekad lalu. – AP

Pentadbiran Presiden Barack Obama telah menuduh Kremlin menggunakan pengintipan siber, menyasarkan kebocoran dan propaganda dalam usaha untuk mempengaruhi perlumbaan Rumah Putih pada November.

Presiden dipilih AS Donald Trump berasa marah apabila agensi risikan Amerika mengingatkan tentang penggodaman Rusia, mendakwa mereka berada di sebalik ‘usaha memburu’ untuk mencemar kemenangannya.

Moscow telah menolak dakwaan tersebut, mengulang dakwaan Trump mengenai ‘usaha memburu’.

Namun Washington telahpun mengusir 35 diplomat Rusia sebagai respons dan keputusan semalam menyasarkan sekutu rapat Putin. – AFP