Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS senaraikan anak lelaki Osama sebagai pengganas

    WASHINGTON, 6 Jan – Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan anak lelaki dan waris bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden sebagai pengganas.

    Jabatan Negara pada Khamis memerintahkan Hamza bin Laden disenarai sebagai ‘Pengganas Global Khas’ yang bermaksud warga AS dilarang berurusan dengan beliau dan semua aset yang berada di bawah bidang kuasa AS dibekukan.

    Hamza yang berusia pertengahan 20-an, aktif sebagai propaganda al-Qaeda sejak ayahnya dibunuh pasukan khas AS pada 2011. Menurut surat yang ditemui dalam serbuan Pasukan Laut, Udara dan Darat (SEAL) Tentera Laut AS di tempat persembunyian Osama di Pakistan, Hamza menulis surat kepada pemimpin al-Qaeda warga Arab Saudi itu, meminta untuk menyertai latihannya.

    Imej video pada 7 November 2001 menunjukkan seorang anak muda (kiri) dikenal pasti sebagai Hamza bin Laden. AS menyenaraikan anak lelaki dan waris bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden sebagai pengganas. – AP
    Imej video pada 7 November 2001 menunjukkan seorang anak muda (kiri) dikenal pasti sebagai Hamza bin Laden. AS menyenaraikan anak lelaki dan waris bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden sebagai pengganas. – AP

    Seorang penganalisis Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menganalisa surat itu memberitahu AFP, pada Julai 2009, ketika Hamza menulis surat itu ke Abbottabad Pakistan, tempat persembunyian bapanya, mereka tidak berjumpa lebih lapan tahun.

    Osama dikatakan merancang untuk menghantar anaknya yang ketika itu berada di bawah tahanan rumah di Iran dan beliau berharap untuk melatih anaknya itu menjadi pemimpin al-Qaeda. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda