WASHINGTON, 13 OKT – Washington telah menyeru kira-kira 30 buah negara untuk meningkatkan perjuangan antarabangsa terhadap perisian tebusan, menurut seorang pegawai senior Rumah Putih, dan menyatakan Rusia tidak dijemput.
Amerika Syarikat (AS) telah diserang, terutama pada awal tahun 2021, oleh beberapa siri serangan perisian tebusan yang telah menyaksikan pemeras siber
merampas data atau rangkaian sebagai pertukaran dengan pembayaran mata wang krypto.
Walaupun Moscow menafikannya, serangan perisian tebusan sering disalahkan kepada kumpulan penggodam berbahasa Rusia atau yang beroperasi dari wilayah Rusia.
UK, Australia, India, Jepun, Perancis, Jerman, Korea Selatan, Kesatuan Eropah, Israel, Kenya dan Mexico adalah antara yang akan menyertai persidangan maya tersebut.
Menurut pegawai kanan itu, perbincangan akan berdasarkan dengan empat tema iaitu membangun ketahanan terhadap cubaan pemerasan, peranan mata wang krypto dalam penebusan wang haram, penguatkuasaan undang-undang dan tindakan kehakiman serta diplomasi.
Presiden AS, Joe Biden bercakap dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin pada bulan Julai, memberitahunya untuk ‘mengambil tindakan’ terhadap kumpulan perisian tebusan yang beroperasi di Rusia. – AFP