Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    AS siasat kebakaran enjin Hyundai-Kia

    DETROIT, 28 DIS – Badan pengawal selia kereta Amerika Syarikat (AS) telah mempertingkat beberapa siri siasatan dalam kebakaran enjin yang telah membelenggu kenderaan Hyundai dan Kia selama lebih enam tahun.

    Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Nasional berkata siasatan analisis kejuruteraan baharu merangkumi lebih 3 juta kenderaan dari tahun 2011 hingga 2016. Agensi telah menerima 161 aduan kebakaran enjin, ada di antaranya berlaku dalam kenderaan yang telah pun ditarik balik.

    Kerosakan enjin dan kebakaran telah membelenggu kenderaan pengeluar kereta Korea sejak September 2015 apabila syarikat mengeluarkan notis penarikan balik kenderaan disebabkan kerosakan enjin. Sejak itu, ia telah mengeluarkan sekurang-kurangnya lapan lagi notis penarikan balik disebabkan pelbagai masalah enjin, menurut dokumen NHTSA yang disiar di laman web hari ini.

    Agensi berkata ia akan memulakan analisis kejuruteraan untuk menilai sama ada penarikan balik sebelum ini merangkumi kenderaan yang cukup. Ia juga akan memantau keberkesanan penarikan balik sebelumnya ‘serta kebolehlaksanaan program jangka panjang dan tindakan yang diambil oleh Hyundai dan Kia.

    Analisis kejuruteraan mungkin membawa kepada penarikan lanjut.

    Hyundai berkata hari ini ia sedang bekerjasama sepenuhnya dengan badan pengawal AS.

    “Hyundai telah mengambil tindakan proaktif untuk mengatasi isu enjin, termasuk menjalankan beberapa penarikan balik, melancarkan teknologi pengawasan enjin baharu, memberikan waranti lanjutan serta mempertingkat respons perkhidmatan pelanggan kami,” kata syarikat dalam kenyataan.

    “Hyundai memupuk budaya ketelusan dan kebertanggungjawaban memandangkan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan syarikat.”

    Sementara itu, Kia tidak memberikan respons kepada komen hari ini. – AP

    Gambar fail menunjukkan kereta Hyundai Sonata dipamerkan di bilik pameran Hyundai di Des Plaines.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -