Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    AS sokong Finland, Sweden sertai NATO

    WASHINGTON, 19 MEI – Amerika Syarikat (AS) memberikan sokongan penuh kepada permohonan Sweden dan Finland untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

    AS turut berjanji untuk mempertahankan mereka sekiranya diancam Rusia dan akan mendesak Turki untuk tidak menghalang penyertaan kedua-dua negara itu.

    Beberapa jam selepas kedua-dua negara Eropah Timur itu secara rasmi menyerahkan permohonan mereka untuk menyertai pakatan Atlantik itu, Presiden AS, Joe Biden mengalu-alukan langkah itu. Beliau turut menjamin akan bekerjasama dengan negara anggota lain dan Kongres AS bagi memastikan proses itu berjalan dengan cepat.

    “Saya sangat mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland menyertai NATO serta menyokong sepenuhnya permohonan penuh bersejarah ini. “AS akan bekerjasama dengan Finland dan Sweden untuk terus berwaspada terhadap sebarang ancaman keselamatan bersama dan mencegah serta menghadapi penceroboh atau ancaman pencerobohan,” katanya.

    Biden membuat kenyataan itu sehari sebelum mengalu-alukan Presiden Finland, Sauli Niinisto dan Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson ke Rumah Putih. – AFP

    Presiden AS Joe Biden mengalu-alukan Presiden Finland, Sauli Niinisto ke Rumah Pu-tih di Washington, DC kelmarin. AS memberi-kan sokongan penuh terhadap permohonan Sweden dan Finland untuk menyertai NATO. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...