‘AS sudah hilang akal’

BEIJING, 17 JULAI – Pegawai Amerika Syarikat (AS) dilihat sudah hilang akal dan menunjukkan kemarahan mereka ketika berurusan dengan Beijing, kata kementerian luar negeri China hari ini, dalam perbincangan terbaharu antara kedua-dua kuasa besar itu.

Ketegangan antara Washington dan Beijing telah meningkat tahun ini dan beberapa pengkritik China tegas bersuara dalam kongres Amerika minggu ini, beberapa hari selepas AS mengenakan larangan visa dan pembekuan aset ke atas beberapa pegawai China.

Peguam Negara AS, Bill Barr menambah kemarahan China ketika dia menuduh Beijing telah merancang untuk membangunkan ekonomi terbesar bagi menggantikan Washington sebagai kuasa terkemuka di dunia dan menyebarkan ideologi politiknya ke seluruh dunia.

Tetapi jurucakap kementerian luar negeri Hua Chunying berkata Barr dan pegawai Amerika yang lain mengkritik China kerana mengalihkan perhatian daripada masalah politik dalam negeri.

“Orang-orang ini, untuk kepentingan diri dan kepentingan politik, tidak teragak-agak untuk melakukan sesuatu di luar logik akal,” katanya.

Hua menambah bahawa China tidak berniat untuk mencabar atau menggantikan AS dan mengatakan dia berharap Washington dapat ‘kembali rasional’.

“Ini adalah salah penilaian yang serius dan salah faham mengenai niat strategik China.” – AFP