AS susun semula kawalan tentera

WASHINGTON, 17 Julai – Selepas berbulan-bulan tertangguh, pentadbiran Trump memuktamadkan rancangan untuk menyusun semula kawalan tentera negara itu bagi operasi pertahanan dan serangan siber dengan harapan memperhebatkan lagi kemampuan Amerika untuk melancarkan perang siber ke atas kumpulan IS dan seteru-seteru lain, menurut pegawai-pegawai AS.

Di bawah rancangan ini, Kawalan Siber AS akan akhirnya berpecah dari Agensi Keselamatan Kebangsaan yang menumpu pada perisikan.

Butiran masih diusahakan, namun para pegawai berkata mereka menjangkakan dan pengumuman dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Para pegawai tidak dibenarkan untuk bercakap secara terbuka berhubung perkara itu, dengan itu mereka mahu identiti mereka dirahsiakan.

Matlamat itu, menurut mereka adalah memberikan lebih banyak autonomi kepada Kawalan Siber AS, membebaskannya dari sebarang kekangan yang berpunca dari bekerja di samping NSA yang bertanggungjawab memantau dan mengumpul data telefon, internet dan data risikan lain dari seluruh dunia – satu tanggung jawab yang kadangkala boleh bertembung dengan operasi tentera ke atas pasukan musuh.

Menjadikan siber kawalan tentera bebas akan meletakkan usaha dalam ruang digital pada tapak lebih alam tradisi pertempuran di daratan, di udara, di lautan dan di ruang angkasa

Langkah itu memperlihatkan peningkatan ancaman serangan siber dan gangguan dari negara-negara lain, kumpulan pengganas dan penggodam dan dibuat ketika AS berdepan kebimbangan lebih luas tentang penggodaman Rusia ekoran usaha Moscow untuk campur tangan dalam pilihan raya Amerika 2016.

AS telah lama beroperasi secara diam di ruang siber, menggunakannya untuk mengumpul maklumat, mengganggu rangkaian musuh dan membantu misi biasa tentera.

Namun ketika negara lain dan seteru-seteru meluaskan penggunaan pengintipan siber mereka dan juga serangan, AS berazam meningkatkan kemampuan untuk menggabungkan operasi siber ke dalam usaha harian mereka dalam peperangan.

Pakar-pakar berkata kawalan itu akan memerlukan masa untuk mencari tapaknya. – AP