Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    AS tambah import susu tepung

    WASHINGTON, 17 MEI – Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan langkah semalam untuk mengurangkan kekurangan susu tepung anak damit yang dialami di seluruh negara, termasuk pembukaan semula kilang pengeluaran domestik terbesar serta menambah import dari luar negara.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan berkata ia sedang memperkemas proses dasarnya untuk menjadikannya lebih senang untuk pengeluar asing menghantar lebih banyak susu tepung anak damit ke Amerika Syarikat (AS).

    “FDA menjangkakan langkah tersebut akan bererti lebih banyak bekalan bakal diterima,” beritahu Pesuruhjaya FDA Robert Califf kepada wartawan.

    Califf berkata AS akan mengutamakan syarikat yang boleh menyediakan hantaran terbesar dan menunjukkan dokumen bahawa susu tepung mereka adalah selamat dan setanding dengan standard nutrisi AS. Dasar tersebut akan dianggap sebagai langkah sementara selama enam bulan.

    Pengumuman import itu keluar selepas badan pengawal selia berkata mereka telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Abbott Nutrition untuk memulakan operasinya di kilang Sturgis, Michigan, yang telah ditutup sejak Februari disebabkan isu pencemaran. Syarikat itu mesti membaik pulih protokol dan prosedur keselamatan sebelum meneruskan operasi.

    Kedua-dua langkah tidak akan memberikan kesan ke atas bekalan yang telah meninggalkan ramai ibu bapa mencari susu tepung dalam talian.

    Selepas mendapatkan kelulusan FDA, Abbott berkata ia akan mengambil masa lapan hingga 10 minggu sebelum produk baharu tiba di kedai. Syarikat tidak menetapkan jadual masa untuk memulakan pengeluaran. Import dalam rantaian bekalan AS juga akan mengambil masa beberapa minggu, menurut pegawai pentadbiran. Produk dari Australia, New Zealand dan UK dijangka memenuhi piawaian yang diperlukan untuk import. – AP

    Susu tepung anak damit disusun di atas meja semasa kempen untuk membantu mengatasi masalah kekurangan di Houston pada 14 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...