AS tarik balik bantuan kepada Jordan

WASHINGTON, 16 JUN – Pentadbiran Trump menimbang menarik balik bantuan kepada salah satu sekutu Arab paling rapat, Jordan, dalam usaha untuk menjamin ekstradisi seorang wanita yang disabit bersalah di Israel dalam pengeboman 2011 yang membunuh 15 orang, termasuk dua warga Amerika.

Pentadbiran berkata ia menimbang ‘semua pilihan’ untuk mendesak Jordan menghantar pulang Ahlam Aref Ahmad Al-Tamimi, yang dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan bersubahat menggunakan senjata pemusnah besar-besaran ke atas rakyat AS. Dakwaan difailkan pada 2013 dan diumumkan oleh Jabatan Keadilan empat tahun kemudian.

Isu ekstradisi mungkin dikemukakan pada minggu ini apabila Raja Jordan Abdullah II bercakap kepada beberapa jawatankuasa kongres untuk menyuarakan tentangannya terhadap rancangan Israel untuk memisahkan sebahagian Tebing Barat. – AFP

Gambar fail menunjukkan Raja Jordan Abdullah II semasa menyampaikan ucapan pada sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-74. – AP