Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    AS tawar AS$10 juta jejak ketua IS-K

    WASHINGTON, 8 FEB – Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$10 juta kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat identiti atau lokasi pemimpin kumpulan Islamic State (IS) bagi bahagian serantau Afghanistan.

    Ganjaran ditawarkan Jabatan Negara AS juga adalah untuk sebarang maklumat yang akan membantu dalam menahan atau mensabitkan kesalahan mereka yang bertanggungjawab ke atas serangan di lapangan terbang Kabul pada 26 Ogos tahun lalu yang didakwa dilakukan kumpulan IS Khorasan (IS-K). Serangan yang mengorbankan lebih 100 orang termasuk 13 tentera AS dilancarkan ketika AS mengatur pengunduran tenteranya dari Afghanistan dan pemindahan warga Afghanistan yang dianggap terancam selepas Taliban mengambil alih negara itu.

    Menurut Washington, Sanaullah Ghafari juga dikenali sebagai Shahab al-Muhajir dilantik sebagai ketua IS-K pada Jun 2020.

    IS-K ialah cabang ISdi Afghanistan yang berasal dari Iraq dan Syria.

    “Ghafari bertanggungjawab meluluskan semua operasi ISIS-K di seluruh Afghanistan dan mengatur pembiayaan untuk menjalankan operasi,” kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan. Dia disenaraihitamkan pada November sebagai pengganas asing.

    Ghafari dikatakan pernah menjadi komander Al-Qaeda atau bekas anggota rangkaian Haqqani, antara puak yang paling berkuasa dan digeruni dalam Taliban.

    IS-K bertanggungjawab untuk beberapa serangan maut di rantau ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membunuh orang awam di Afghanistan dan Pakistan, di masjid, kuil, dataran awam dan hospital. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...