WASHINGTON, 9 FEB – Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menawarkan AS$100 juta kepada China dan negara lain yang terjejas untuk memerangi koronavirus yang tersebar dengan cepat.
“Komitmen ini, bersama ratusan juta yang disumbang oleh sektor swasta Amerika, menunjukkan kepimpinan AS dalam respons terhadap wabak,” kata Setiausaha Negara Mike Pompeo dalam satu kenyataan.
“Kami menggalak seluruh dunia supaya menyertai sama dalam komitmen kami. Bekerjasama, kami boleh memberikan impak besar dalam memerangi ancaman ini,” kata beliau. – AFP




























