Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    AS tegas kukuhkan komitmen di Asia

    BANGKOK, 18 NOV – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris hari ini memberi jaminan kepada pemimpin-pemimpin Asia bahawa ‘AS akan terus kekal di sini’.

    Beliau berkata Washington merupakan rakan ekonomi yang boleh dipercayai yang komited kepada rantau dan kemakmurannya.

    Harris memberitahu pemimpin-pemimpin di Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasfik (APEC) bahawa AS merupakan ‘kuasa Pasifik yang berbangga’ dan mempunyai ‘kepentingan dalam mempromosikan rantau yang terbuka, kesalinghubungan, makmur, selamat dan berdaya tahan.’

    “AS mempunyai komitmen ekonomi yang berkekalan kepada Indo-Pasifik,” katanya. “Dan tiada rakan ekonomi yang lebih baik bagi rantau ini berbanding AS.”

    Harris menangguhkan permulaan ucapannya selepas menerima berita bahawa Korea Utara telah melancarkan misil balistik antara benua yang mendarat berhampiran perairan Jepun, mengadakan mesyuarat tergempar bersama pemimpin-pemimpin Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan Kanada.

    Mereka mengutuk ujian peluru berpandu tersebut sebagai ‘melanggar resolusi Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berulang kali’.

    “Ia menjejaskan kestabilan keselamatan di rantau ini dan meningkatkan ketegangan yang tidak berpatutan,” katanya. – AP

    Kamala Harris semasa menghadiri Sidang Kemuncak APEC di Bangkok, Thailand, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...