Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    AS tingkat penggunaan senjata menentang Korea Utara

    SEOUL, KOREA SELATAN, 31 JAN – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini berkata AS akan meningkatkan penggunaan senjata canggih seperti jet pejuang dan pengebom ke Semenanjung Korea kerana ia mengukuhkan latihan bersama dan perancangan operasi dengan Korea Selatan sebagai tindak balas kepada ancaman nuklear Korea Utara yang semakin meningkat.

    Austin membuat komen itu di Seoul selepas beliau dan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Lee Jong-Sup bersetuju untuk memperluaskan lagi latihan gabungan ketenteraan mereka, termasuk menyambung semula demonstrasi tembakan langsung, dan meneruskan penempatan aset strategik AS di wilayah tersebut.

    Austin dan Lee turut membincangkan persiapan untuk latihan simulasi antara sekutu pada Februari bertujuan mempertajam tindak balas mereka jika Korea Utara menggunakan senjata nuklear.

    Perjalanan Austin datang ketika Korea Selatan mencari jaminan yang lebih kukuh bahawa Amerika Syarikat akan dengan pantas dan tegas menggunakan keupayaan nuklearnya untuk melindungi sekutunya dalam menghadapi serangan nuklear Korea Utara.

    Kegelisahan keselamatan Korea Selatan telah meningkat sejak Korea Utara menguji berpuluh-puluh peluru berpandu pada 2022, termasuk yang berkeupayaan nuklear yang direka untuk menyerang sasaran di Korea Selatan dan tanah besar AS. – AFP

    Setiausaha Pertahanan A.S. Lloyd Austin (kiri) bercakap dengan Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong-sup semasa sidang media bersama selepas pertemuan mereka di Kementerian Pertahanan di Seoul. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...