Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    AS tuan rumah APEC 2023

    BANGKOK, 10 FEB – Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tuan rumah forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023, umum Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

    “Saya berbesar hati untuk mengumumkan AS akan menjadi tuan rumah APEC pada 2023 dan Peru akan menjadi tuan rumah APEC pada 2024.

    “Bersama-sama, kita akan memenuhi matlamat bersama iaitu komuniti Asia-Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman untuk semua rakyat dan generasi akan datang,” katanya.

    Thailand merupakan pengerusi APEC tahun ini.

    Sementara itu, Prayuth berkata beliau menanti untuk menyambut Pemimpin APEC ke Thailand pada November untuk mereka menetapkan matlamat rantau itu.

    Beliau berkata penganjuran forum APEC di Thailand dilihat tepat pada masanya kerana rantau itu menyasarkan pemulihan yang inklusif dan mampan sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19.

    Minggu depan, perwakilan APEC akan memulakan set pertama mesyuarat mereka untuk melancarkan agenda tahun ini, dan memajukan tugas APEC untuk melaksanakan Pelan Tindakan Aotearoa yang dipersetujui tahun lepas bagi mencapai Wawasan Putrajaya 2040.

    Beliau berkata Wawasan Putrajaya 2040 akan jadi panduan bagi tindakan APEC untuk dua puluh tahun akan datang.

    “Tugas APEC adalah usaha jangka panjang yang memerlukan usaha berterusan dan diselaraskan. Menerusi komitmen ahli Asia-Pasifik,” katanya sambil menambah bahawa tema APEC 2022 adalah ‘Terbuka. Terhubung. Seimbang.’ – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...