Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    AS tuan rumah pemimpin ASEAN bulan Mei

    WASHINGTON, 17 APRIL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dijadualkan bertemu dengan pemimpin Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada pertengahan Mei.

    Pertemuan itu kemungkinan memberi tumpuan pada meningkatnya kekuatan China di rantau terbabit, umum Rumah Putih semalam.

    Sidang kemuncak itu, yang pada awalnya dijadual diadakan pada Mac “akan menunjukkan komitmen Amerika Syarikat terhadap ASEAN,” kata setiausaha akhbar Rumah Putih, Jen Psaki dalam satu kenyataan.

    “Menjadi keutamaan pentadbiran Biden-Harris untuk menjadi rakan kongsi yang kuat dan dipercayai di Asia Tenggara,” kata kenyataan itu.

    Sidang kemuncak itu pada mulanya dijadualkan pada 28 dan 29 Mac sebelum ditunda tanpa sebarang tarikh baru diumumkan. Ia kini akan berlangsung pada 12 dan 13 Mei.

    Pertemuan itu ditunda di tengah-tengah laporan mengenai jadual kerja pemimpin beberapa negara ASEAN dan disebabkan krisis Ukraine yang berlarutan.

    Sejak sekian lama, AS menyatakan menjadi keutamaan dasar luar negara itu untuk memperkukuhkan hubungannya dengan Asia.

    Biden juga mengambil bahagian dalam sidang kemuncak secara maya dengan pemimpin ASEAN pada Oktober.

    Dalam sidang kemuncak itu, Biden mengumumkan inisiatif untuk memperluas pembabitan AS dengan ASEAN mengenai COVID-19, perubahan iklim, pertumbuhan ekonomi dan banyak lagi. – AFP

    Presiden Joe Biden bercakap di Pusat Acara Yayasan Alumni Universiti Pertanian dan Teknikal Negeri Carolina Utara di Greensboro, Carolina Utara pada 14 April 2022. Biden dijadualkan bertemu dengan pemimpin Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada pertengahan Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...