AS tuduh China cuba curi vaksin koronavirus

WASHINGTON, 14 MEI – Amerika Syarikat (AS) mendakwa kumpulan penggodam China dikatakan cuba mencuri kajian vaksin COVID-19, menambah lagi ketegangan di antara kedua-dua kuasa besar dunia.

Ketika ini, tiada rawatan untuk mengubati wabak itu dan vaksin yang dihasilkan mampu membuatkan sebuah negara kembali beroperasi sepenuhnya malah penciptanya juga berpotensi untuk mendapatkan habuan yang lumayan.

Dua agensi keselamatan AS mendakwa penggodam yang mempunyai kaitan dengan Beijing dikatakan cuba mencuri hasil kajian dan harta intelek rawatan dan vaksin wabak itu.

“Usaha China menyasarkan sektor berkenaan menimbulkan ancaman besar terhadap respons negara kami untuk memerangi isu COVID-19,” kata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Keselamatan Infrastruktur dan Keselamatan Siber. – AFP