AS tuduh Rusia tambah tentera di Ukraine

WASHINGTON, 23 DIS – Amerika Syarikat (AS) kelmarin telah menuduh Rusia terus meningkatkan tenteranya di sempadan bersama Ukraine, dan telah memperbaharui amarannya ke atas mana-mana serangan daripada Moscow.

“Rusia terus menambah tentera mereka dan tidak mengundurkan kehadiran pasukannya di sana, kata jurucakap Jabatan Negara AS kepada AFP.

Washington dan sekutu-sekutunya akan memantau ‘rapat’ situasi tersebut, kata jurucakap, mengulangi amaran ‘sebarang serangan menentang Ukraine akan mengakibatkan kesan besar dan menerima padah.”

Kenyataan tersebut dibuat ketika Jerman juga melaporkan “gerakan pasukan tentera yang ramai menuju ke sempadan” di antara Rusia dan Ukraine.

Tetapi Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki menegaskan ‘perbincangan diplomatik dibuka dan penglibatan sudah berlaku dan kami menjangka untuk meneruskannya, berharap untuk meneruskan.”

Negara Barat telah menuduh Moscow mengerahkan puluhan ribu tentera di sempadan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan serangan terhadap Ukraine.

Rusia menafikan plot serangan dan menuntut jaminan undang-undang dari Amerika Syarikat dan NATO, menuntut perikatan tersebut menghentikan pengembangan ke timur. – AFP

Jen Psaki semasa dalam sidang berita harian, ketika beliau menegaskan untuk membuka perbincangan diplomatik. – AFP