AS tuduh syarikat Teva dari Israel tetapkan harga ubat-ubatan

NEW YORK, 26 OGOS – Jabatan Kehakiman AS semalam mendakwa syarikat gergasi pembekal ubat generik Israel, Teva kerana menetapkan harga secara tidak sah antara 2013 dan 2015.

Teva dan beberapa rakan konspirasi bersetuju untuk menetapkan harga, tawaran dan memperuntukkan pelanggan untuk ubat generik termasuk ubat mengawal kolesterol, Pravastatin yang popular, kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

Para pesakit akan terpaksa membayar sejumlah AS$350 juta lebih dari yang sepatutnya, kata jabatan itu.

Teva menolak tuduhan itu dan mengatakan sangat kecewa kerana kerajaan memilih untuk meneruskan pendakwaan itu. – AFP