AS tuntut Syria lucut senjata

ANKARA, 17 OKT – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence tiba di Turki hari ini untuk mendesak Presiden Recep Tayyip Erdogan melucut senjata di Syria selepas Ankara menolak tekanan antarabangsa untuk menghentikan serangannya ke atas tentera Kurdish.

Namun Erdogan berikrar semalam bahawa operasi Turki, yang telah dilancarkan selepas pengunduran tentera AS dari timur laut Syria, akan diteruskan.

Ia berlaku susulan surat luar biasa daripada Trump di mana beliau memberi amaran kepada Erdogan: “Jangan bersikap bodoh”.

Dihantar pada hari Turki melancarkan serangan di timur laut Syria, Trump berkata sejarah bakal mengecapnya seorang ‘syaitan.’

Pence ditemani oleh Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dan pegawai lain.

Beberapa hari selepas tentera AS mulai berundur, askar Turki dan proksi pemberontak Syria menawan bandar Ras al-Ain, bandar sempadan utama di mana pejuang Kurdish telah memberikan tentangan sengit, kata Pusat Hak Asasi Manusia Syria.

Tentera Turki dan bekas pemberontak Arab dan Turkmen telah ‘menawan kira-kira separuh daripada bandar’ pada pagi ini, kata Rami Abdel Rahman, ketua pengawas perang di Britain. – AFP

Pegawai keselamatan berdiri ketika Naib Presiden Mike Pence tiba di Ankara, Turki, kelmarin. – AP