AS tutup pos sempadan

TIJUANA, Mexico, 26 Nov – Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) telah menutup seberang sempadan di selatan California bagi tempoh singkat semalam selepas beratus-ratus orang pendatang, sebahagian daripada ‘kumpulan’ yang ditolak oleh Presiden Donald Trump, cuba merentasi pagar dari Tijuana, bandar Mexico, menurut pihak berkuasa.

Penutupan itu dilakukan hanya tiga hari selepas Trump mengancam akan menutup ‘keseluruhan sempadan’ bersama Mexico jika ‘ia mencapai tahap yang mana kami tidak terkawal atau ada yang tercedera.”

Para pegawai sempadan di San Diego, California, berkata melalui Twitter bahawa mereka secara sementara menutup tempat penyeberangan San Ysidro, salah sebuah penyeberangan paling sibuk antara kedua-dua negara untuk lalu lintas kenderaan dan pejalan kaki.

Arahan itu ditarik balik beberapa jam kemudian.

Menteri dalam negeri Mexico Alfonso Navarrete menuduh beberapa pendatang cuba menyeberangi Tijuana ‘dengan cara ganas’.

“Kami akan bertindak dan meneruskan dengan penghantaran balik,” beritahu beliau kepada rangkaian televisyen Milenio, dan menambah, mereka tidak membantu rombongan itu sebaliknya menjejaskan mereka.”

Klip-klip video di Twitter menunjukkan sebahagian besar pendatang meluru untuk menyeberangi laluan air konkrit yang cetek menuju sempadan. – AFP

Sekumpulan pendatang cuba menyeberangi sungai Tijuana dalam cubaan untuk sampai ke pelabuhan masuk El Chaparral, Tijuana, Wilayah Baja California berhampiran sempadan AS-Mexico semalam. – AFP