AS ugut hentikan bantuan di Syria

WASHINGTON, 11 Okt – Amerika Syarikat (AS) berkata hari ini ia akan menolak untuk menyalurkan dana bantuan tambahan bagi membantu pembangunan Syria, selagi tentera Iran masih wujud di negara itu.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo ketika berucap kepada sebuah kumpulan pro-Israel, bersumpah untuk memberikan penekanan secara agresif ke atas Iran dari negara Timur Tengah itu dan mengatakan bahawa negara itu adalah medan pertempuran penentuan.

“Tugas untuk mengusir Iran dari negara itu jatuh di tangan kerajaan Syria, yang sepatutnya bertanggungjawab kehadirannya di sana,” kata Pompeo .

“Jika Syria tidak memastikan semua tentera Iran keluar, mereka tidak akan menerima satu dolar pun daripada Amerika Syarikat untuk pembangunan semula negara itu,” tegasnya.

Kenyataan Pompeo dibuat sejurus selepas kerajaan AS mengubah alasan pembabitan negara itu dalam perang saudara di Syria yang menurut pemerhati sudah mengorbankan hampir 365,000 orang sejak 2011.

Reaksi Mike Pompeo semasa berada di Pejabat Oval, Rumah Putih di Washington DC, 10 Oktober lalu. – AFP

Sebelum ini, bekas presiden Barack Obama melancarkan tindakan ketenteraan dengan matlamat untuk menghapuskan kumpulan Islamic State (IS), ekstremis yang telah kerap kali melancarkan serangan keras di Syria dan Barat.

AS mempunyai kira-kira 2,000 tentera di Syria, terutamanya untuk melatih dan menasihati pasukan lain yang melancarkan perjuangan yang semakin sukar untuk menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad.

Pompeo mengakui bahawa Assad lebih kuat dengan bantuan Iran dan Rusia dan berkata, dengan kumpulan IS semakin berkurangan, keutamaan baharu telah muncul.

“Mengalahkan IS yang merupakan tumpuan kami, terus menjadi keutamaan. Namun ia akan disatukan dengan dua objek lain yang semakin memuncak,” kata Pompeo.

“Ini termasuk resolusi politik yang aman untuk konflik di Syria dan mengasingkan semua pasukan Iran dan pasukan sokongnya dari Syria.” – AFP