AS ugut tahan hakim ICC

WASHINGTON, 11 Sept – Amerika Syarikat (AS) semalam mengancam untuk menahan dan menghukum hakim dan pegawai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) jika ia mendakwa mana-mana warga Amerika yang berkhidmat di Afghanistan dengan jenayah perang.

Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, John Bolton menyifatkan badan hak asasi di The Hague sebagai ‘tidak dapat dipertanggungjawabkan’ dan ‘berbahaya’ kepada AS, Israel dan sekutu lain. Katanya, sebarang siasatan ke atas anggota perkhidmatan AS dianggap sebagai siasatan yang tidak berasas dan tidak adil.

“Sekiranya mahkamah memburu kami, Israel atau sekutu AS lain, kami tidak akan berdiam diri,” kata Bolton ketika berucap di majlis anjuran Federalist Society.

“Kami akan mengharamkan hakim dan pendakwa dari memasuki AS. Dana mereka di AS juga akan disekat dan akan mendakwa mereka menggunakan sistem jenayah AS,” kata Bolton Pada November 2017, pendakwa ICC memohon untuk membuka siasatan terhadap jenayah perang yang dilakukan pegawai tentera dan perisikan AS di Afghanistan terutama membabitkan penderaan ke atas tahanan.

Gambar fail pada 23 Ogos 2018 menunjukkan John Bolton ketika bercakap pada sidang media berikutan pertemuan dengan rakan Rusianya di Misi AS di Geneva. – AFP

Sama ada Afghanistan atau mana-mana pihak kerajaan lain telah mengarahkan untuk menjalankan siasatan, kata Bolton. Beliau berkata ICC secara rasmi boleh membuka siasatan hari ini.

Beliau juga memetik satu langkah terbaharu oleh pemimpin Palestin untuk mendakwa pegawai-pegawai Israel di ICC atas pelanggaran terhadap hak asasi manusia.

“AS akan menggunakan apa-apa cara yang diperlukan untuk melindungi rakyat dan sekutunya dari pendakwaan yang tidak adil oleh mahkamah yang tidak sah ini,” kata Bolton.

“Kami tidak akan bekerjasama dengan ICC, kami tidak akan memberi bantuan kepada ICC, kami pasti tidak akan menyertai ICC, kami akan membiarkan ICC.” – AFP