Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    AS umum tidak akan bina teleskop di Puerto Rico

    SAN JUAN, 14 OKT – Yayasan Sains Kebangsaan mengumumkan kelmarin bahawa ia tidak akan membina semula teleskop radio terkenal di Puerto Rico, yang merupakan salah satu teleskop yang terbesar di dunia sehingga ia runtuh hampir dua tahun lalu.

    Sebaliknya, agensi tersebut mengeluarkan permintaan untuk menubuhkan pusat pendidikan bernilai AS$5 juta di tapak yang mempromosikan program dan perkongsian yang berkaitan dengan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

    Ia juga berusaha melancarkan pelaksanaan program penyelidikan dan pembangunan tenaga kerja, dengan pusat itu dijadualkan dibuka tahun depan di bandar pergunungan utara Arecibo di mana teleskop itu pernah ditempatkan.

    Permohonan tersebut tidak termasuk sokongan operasi untuk infrastruktur semasa di tapak yang masih digunakan, termasuk teleskop radio 12 meter atau kemudahan Lidar, yang digunakan untuk mengkaji atmosfera dan ionosfera untuk menganalisis litupan awan dan data kerpasan. – AP

    Gambar fail menunjukkan teleskop radio tunggal terbesar di dunia di Balai Cerap Arecibo di Arecibo, Puerto Rico. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...