Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    AS umumkan piawaian pelepasan baharu bagi trak, bas

    WASHINGTON, 8 MAC – Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengumumkan piawaian pelepasan yang lebih ketat untuk trak dan bas bermula 2027, dan berkata ia akan membelanjakan hampir AS$1.4 bilion untuk mengembangkan transit awam mesra alam.

    Piawaian baharu yang dicadangkan untuk kenderaan besar yang menggunakan petrol dan diesel akan meletakkan had yang lebih ketat pada nitrogen oksida (NOx) yang menyebabkan asap dan jelaga serta menetapkan piawaian gas rumah hijau baharu mulai 2030.

    “Tujuh puluh dua juta orang dianggarkan tinggal berhampiran laluan pengangkutan trak di AS dan mereka lebih berkemungkinan orang dari pelbagai kaum serta mempunyai pendapatan yang rendah,” kata pengarah Perlindungan Alam Sekitar (EPA), Michael Regan kepada pemberita dalam satu sidang untuk pengumuman tersebut.

    Komuniti yang terbeban itu secara langsung terdedah kepada pencemaran yang membawa kepada masalah pernafasan dan kardiovaskular.

    Had baharu akan dikenakan kepada kenderaan baharu yang dibuat pada 2027 dan seterusnya termasuk bas sekolah, bas transit, trak penghantaran komersial dan juga traktor jarak dekat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...