Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    AS umumkan projek penyerapan CO2

    NEW YORK, 20 MEI – Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan projek bernilai AS$3.5 bilion untuk menyerap karbon dioksida (CO2) dari udara, teknologi terbaharu yang dilihat sebagai penyelesaian kepada perubahan iklim.

    Dana tersebut akan membiayai empat program utama termasuk pelbagai projek untuk menyerap CO2 dari udara dan kilang dan seterusnya menyimpannya, menurut Jabatan Tenaga dalam satu kenyataan.

    Pembiayaan itu membentuk sebahagian daripada pelan infrastruktur berjumlah AS$1.2 trilion yang dirancang ditandatangani oleh Presiden AS, Joe Biden pada 2021.

    Dalam laporan terbaharunya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata dunia perlu menyerap dan menyimpan CO2 dari udara dan lautan tanpa mengambil kira tahap kejayaan yang dicapai oleh mana-mana negara dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau mereka.

    Langkah penyingkiran karbon dioksida telah lama dilihat sebagai satu usaha penting untuk mengelak pelepasan karbon, menurut Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan.

    Penyerapan dan penyimpanan CO2 adalah kaedah terbaharu yang dibangunkan walaupun potensinya dalam projek besar-besaran masih belum terbukti memdatangkan kejayaan.

    Empat projek utama yang dirancang dibiayai Jabatan Tenaga adalah menyerap dan menyimpan sekurang-kurangnya satu juta tan CO2 setahun. – AFP

    Setiausaha Tenaga Jennifer Granholm bercakap semasa mesyuarat Tenaga dan Sumber Asli Senat di Capitol Hill, Washington pada 5 Mei 2022. Jabatan Tenaga berkata kelmarin ia akan memperuntukkan AS$3.5 bilion untuk membangunkan teknologi menyingkirkan karbon dioksida. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -