AS usaha tangani krisis Teluk

WASHINGTON, 20 Okt – AS akan sekali lagi cuba menyelesaikan krisis Teluk yang mana Washington mempunyai pilihan sama ada memarakkannya atau cuba menenangkannya, ketika Setiausaha Negara Rex Tillerson kembali ke rantau itu.

Diplomat tertinggi AS itu sendiri tidak menaruh begitu banyak harapan kejayaan segera dalam pertikaian antara Qatar dan Arab Saudi, namun pemergiannya itu mungkin menjelaskan isu-isu yang berisiko.

“Jangkaan saya tidak banyak ia diselesaikan dalam tempoh terdekat,” Tillerson mengakui semalam, dalam temu bual dengan agensi berita Bloomberg.

“Wujud kesediaan sebenar pada sebahagian beberapa pihak untuk terlibat.”

Walau bagaimanapun, ketua utusan Presiden Donald Trump akan berlepas meninggalkan Washington hujung minggu ini menuju Arab Saudi dan dari situ menuju Qatar untuk berbincang menerusi hubungan yang terputus. Trump yang pada awalnya memburukkan lagi perpecahan itu dengan memihak Riyadh dan menyelar Qatar kerana menyokong pengganasan pada ‘peringkat tertinggi’, meramalkan konflik akan diselesaikan.

Gambar fail pada 18 Oktober 2017 menunjukkan Rex Tillerson bercakap di Pusat Pengajian Strategik (CSIS) di Washington, DC. AS akan sekali lagi cuba menyelesaikan krisis Teluk yang mana Washington mempunyai pilihan sama ada memarakkannya atau cuba menenangkannya. – AFP

Tillerson, bekas ketua eksekutif syarikat tenaga ExxonMobil, begitu mengenali rantau ini, kerana telah berurusan dengan pemimpin-pemimpin diraja negara itu, apabila merundingkan urusan minyak dan gas.

Namun pertikaian terkini diplomatik adalah rumit, yang melibatkan sekutu-sekutu AS antara satu sama lain walau ketika Washington cuba menyelaraskan tentangan terhadap Iran dan keganasan pejuang Islam. Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada Jun lalu, dengan menuduhnya menyokong pengganasan dan menjalin hubungan baik dengan Iran.

Pihak-pihak itu berdepan kebuntuan sejak itu, di sebalik usaha-usaha Kuwait dan pemergian Tillerson yang gagal sebelum ini pada Julai lalu untuk menjadi pengantara dalam krisis itu. – AFP