Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    AS$100 juta dana bantu Sudan

    KHARTOUM, 22 JULAI – Bank Dunia telah mengeluarkan dana sebanyak AS$100 juta kelmarin untuk Program Makanan Sedunia (WFP) bagi menangani isu ketakjaminan makanan untuk dua juta orang di Sudan, di mana bantuan telah dihentikan sementara berikutan rampasan kuasa pada Oktober lalu.

    “Dana tersebut akan membantu menyediakan ‘jaring keselamatan kecemasan’ di tengah-tengah kebuluran yang bertambah teruk di timur laut negara Afrika itu akibat oleh hasil tuaian yang terjejas dan kenaikan harga makanan antarabangsa,” kata bank itu dalam satu kenyataan.

    Harga bijirin melonjak naik pada awal tahun ini berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    “Dana itu akan disalurkan melalui WFP untuk meningkatkan tindak balas keselamatan makanan dan memberi sokongan langsung kepada rakyat Sudan,” kata bank itu.

    Oleh itu, bantuan berkenaan akan menyediakan pemindahan wang tunai dan makanan kepada lebih dua juta orang yang memerlukan bantuan di 11 dari 18 negeri di Sudan.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan satu pertiga daripada rakyat Sudan memerlukan bantuan kemanusiaan dan memberi amaran bahawa 18 juta orang – hampir separuh daripada penduduk – akan mengalami kebuluran melampau menjelang September.

    Sudan, merupakan salah sebuah daripada negara termiskin di dunia, terperangkap dalam krisis ekonomi yang semakin meruncing sejak rampasan kuasa tahun lalu yang diketuai oleh ketua tentera Abdel Fattah al-Burhan.

    Selepas rampasan kuasa tersebut, Bank Dunia telah membekukan bantuan utamanya, dan bank itu kelmarin berkata jeda pengeluaran kepada kerajaan di Khartoum masih lagi berkuatkuasa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...