AS$180 juta untuk Rohingya

WASHINGTON, 23 SEPT – Amerika Syarikat (AS) memperuntukkan tambahan AS$180 juta untuk membantu lebih 700,000 pelarian Rohingya, kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

“Dengan dana baru ini, jumlah bantuan kemanusiaan kami mencecah lebih AS$1.5 bilion sejak Ogos 2017,” kata Price dalam satu kenyataan kelmarin, lapor Sputnik.

Jumlah itu merangkumi lebih AS$1.2 bilion untuk program rakan kemanusiaan AS bagi menjalankan misi bantuan menyelamatkan nyawa hampir 900,000 pelarian Rohingya di Bangladesh.

Bantuan itu juga untuk membantu lebih 472,000 anggota komuniti tempatan yang terjejas di Bangladesh. – Bernama