AS$2.4 bilion rugi akibat COVID-19

LONDON, 26 JAN – Wabak koronavirus mungkin menelan belanja lebih dua bilion euro (AS$2.4 bilion) kepada 20 kelab bola sepak yang berpendapatan tertinggi di Eropah, menurut ramalan pakar kewangan Deloitte.

Laporan terbaharu Deloitte dalam Liga Kewangan Bola-sepak menunjukkan bahawa pendapatan dari 20 kelab yang dianalisis menjunam sebanyak 1.1 juta euro pada musim 2019/20 disebabkan stadium ditutup dan rebat siaran televisyen.

Walau bagaimanapun, kesan virus yang berterusan akan menjadikan kewangan kelab semakin besar pada 20/21 dengan stadium ditutup sepenuhnya kepada penyokong di seluruh benua sepanjang musim dan juga akibat sekatan.

Walaupun perlawanan telah diteruskan di belakang pintu tertutup, penyiar TV diberi kompensasi kerana gangguan pada jadual asal dan stadium kosong. Rebat untuk liga ‘lima teratas’ Eropah di England, Sepanyol, Jerman, Perancis dan Itali, dan pertandingan Liga Juara-Juara dan Liga Europa sudah hampir 1.2 bilion euro.

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas walaupun pendapatan mereka jatuh 15 peratus kepada 715 juta euro.

Walau bagaimanapun, Barca masih terperangkap dalam krisis ekonomi kerana hutang yang meningkat sebanyak 1.2 bilion euro menurut akaun yang dikeluarkan oleh kelab itu.

Real Madrid kekal di tempat kedua, hanya 200,000 euro di belakang pendapatan Barca.
Bayern Munich melonjak melepasi Manchester United ke tangga ketiga kerana tersingkir di Liga Juara-Juara musim ini, diikuti dengan Liverpool, Manchester City, Chelsea,
Tottenham, Arsenal dan Everton. – AFP

Pemain Barcelona semasa perlawanan La Liga menentang Elche CF di Stadium Martinez Valero pada 24 Januari. Pendapatan Barcelona jatuh 15 peratus kepada 715 juta euro. – AFP