AS$2.5 bilion bantu Jordan

RIYADH, Arab Saudi, 11 Jun – Tiga negara Arab Teluk menjanjikan AS$2.5 bilion untuk membantu Jordan hari ini dalam usaha untuk menstabilkan negara sekutu Amerika Syarikat (AS) itu ketika ia menghadapi bantahan terburuk dalam tempoh beberapa tahun terhadap perancangan yang melibatkan peningkatan cukai.

Peruntukan dari Kuwait, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan disimpan dalam Bank Pusat Jordan, meliputi jaminan Bank Dunia bagi negara itu, menawarkan bantuan bajet dan kewangan bagi projek pembangunan yang lain.

Harapan adalah pakej bantuan lima tahun, yang menggambarkan pakej bantuan yang sama ditawarkan oleh negara-negara Teluk pada tahun 2011, yang akan membantu Jordan hadir dengan perancangan yang dapat diterima bagi memuaskan pemiutang-pemiutang antarabangsa dan rakyatnya.

Peruntukan tersebut datang selepas mesyuarat awal pagi di Mekah yang dihadiri oleh Raja Abdullah II dari Jordan, Raja Arab Saudi, Salman, pemerintah Kuwait, emir Syeikh Sabah Al Ahmad Al Sabah dan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, naib presiden dan perdana menteri UAE.

Juga hadir adalah Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, 32, walaupun dia duduk di bahagian tepi meja bulat yang menghoskan pemimpin-pemimpin terbabit.

Gambar yang diberikan oleh Agensi Akhbar Saudi, (SPA) menunjukkan Raja Salman bersama Raja Abdullah II, (kanan, depan) dan Sheikh Sabah Al Ahmad Al Sabah, (kiri), di Mekah, Arab Saudi, kelmarin. – AP

Kenyataan itu memetik Raja Abdullah II sebagai berkata dia berharap bantuan itu akan membantu negaranya untuk mengatasi krisis fiskalnya.

Pada Disember 2011, enam negara Majlis Kerjasama Teluk yang beribu pejabat di Arab Saudi mengikrarkan untuk memberi AS$2.5 bilion dalam bantuan masing–masing kepada Jordan dan Maghribi, keduanya dijemput untuk menyertai kumpulan serantau pada tahun itu.

Ikrar dari GCC adalah selama lima tahun.

Ia mansuh pada tahun lepas dan setakat ini enam ahli GCC belum menawarkan sebarang pembiayaan tambahan ketika blok tersebut masih berselisih mengenai krisis diplomatik bersama Qatar.

Jordan menerima lebih AS$1 bilion setahun dari AS, begitu juga bantuan dari Eropah dan tempat lain. – AFP