Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS$60,000 jadi rebutan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-34, Kejohanan Golf Profesional Richard Mille Brunei 2018 akan diadakan dari 7 sehingga 10 Mac tahun ini.

    Kejohanan selama tiga hari anjuran SPS Innovative Enterprise dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan itu menawarkan hadiah lumayan berjumlah AS$60,000.

    Sehubungan itu, pada sidang akhbar di Member’s Grill & Lounge, The Empire Hotel & Country Club pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Haji Mohd Junaidi bin POKDG Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman telah memperkenalkan enam daripada 10 pemain tempatan.

    Empat daripada mereka – Awang Mohammed Qawiem Fakhri bin Haji Aslimon, Awang Mohammad Qazzri Fakhri bin Haji Aslimon, Awangku Muhd Syakir bin Pengiran Haji Alli dan Lai Suan Loong – baru sahaja mewakili Brunei pada acara Sukan SEA tahun lepas.

    Haji Mohd Junaidi ketika menghadiri sidang media di Member’s Grill & Lounge, The Empire Hotel & Country Club.

    Sementara itu dua orang pemain golf negara, Haji Mohd Faiz Fakhri bin Haji Damit dan Pengiran Wirahadikusuma bin Pengiran Haji Mohd Salleh, yang baru mencapai tahap profesional beberapa tahun ini akan mengambil peluang untuk meningkatkan ranking mereka dalam Jelajah Asia.

    Awang Mohammad Qazzri Fakhri, 21, yang mula bermain sejak usia lapan tahun lagi, semasa ditemui wartawan Media Permata melafazkan kesyukuran terpilih mewakili Brunei.

    Beliau yang sebelum ini pernah menyertai beberapa kali kejohanan golf peringkat antarabangsa, merasa teruja untuk bermain pada kejohanan peringkat profesional dan akan berusaha sebaik mungkin untuk membuat persiapan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda