Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Asah kemahiran mengajar di NIE NTU

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Menyahut cabaran dengan fikiran terbuka dan diselitkan keberanian lebih-lebih lagi dalam meniti dunia yang serba pantas, itulah semangat yang digenggam oleh Joyce Tan ketika mengimbas liku-liku perjalanannya selama empat tahun sebagai guru geografi sehingga terdetik untuk mengembangkan kemahiran diri dengan melanjutkan pengajiannya di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Singapura.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Joyce mengongsikan bahawa setelah mempertimbangkan pilihan antara program peminjaman (secondment) dan siswazah, beliau akhirnya tekad untuk mengikuti program Sarjana Sastera dalam Pendidikan Kemanusiaan (MAHE) yang ditawarkan di NIE NTU setelah menerima perkongsian maklumat daripada salah seorang rakan sekerja beliau.

    “Itulah yang saya cari. MAHE direka untuk golongan pendidik kemanusiaan mahu pun pemimpin dalam aspek pendidikan yang berminat untuk memajukan pengetahuan profesional mereka melalui penerokaan pelbagai disiplin pendidikan kemanusiaan antaranya dalam geografi, sejarah dan pengajian sosial,” jelasnya yang turut berkongsi bahawa program MAHE ditetapkan dalam tempoh setahun secara sepenuh masa.

    Beliau turut merakamkan kegembiraan dengan menyaksikan reputasi NIE sebagai sebuah institut yang memiliki program-program terkenal dengan kualiti sehingga mengukuhkan lagi keputusannya melanjutkan pengajian tersebut.

    Ujarnya, NIE yang terkenal dengan pendidikan guru adalah tempat yang sesuai untuk beliau kembali dan membangkitkan topik yang beliau rasa penting untuk masa depannya.

    Joyce memutuskan untuk mengikuti program Sarjana Sastera dalam Pendidikan Kemanusiaan (MAHE) di NIE NTU mengembangkan kemahirannya sebagai seorang guru geografi. – Gambar serahan NIE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...