Thursday, December 8, 2022
24.7 C
Brunei

-

Asah pengetahuan penterjemahan lebih efektif

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Dua pegawai kerajaan dari Republik Singapura telah mengadakan lawatan ke Brunei Press hari ini sebagai sebahagian daripada program penempatan penterjemah yang dikenali sebagai Translator Immersion Programme (TIP).

Semasa berada di Brunei Press, Penolong Pengarah (Terjemah), Divisyen Perhubungan Awam di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) Singapura Nadzri Eunos dan Pengurus Kanan (Citizen Management) Jabatan Perhubungan dan Penglibatan, Kementerian Tenaga Kerja, Singapura Radhiah Ibrahim diterangkan mengenai operasi syarikat.

Mereka juga mengenali lebih lanjut kerja-kerja penterjemahan di Bahagian Editorial akhbar Media Permata dan Borneo Bulletin, melawat Bahagian Editorial dan Perpustakaan Brunei Press.

TIP diadakan secara bergilir oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Brunei Darussalam dan MCI Republik Singapura sejak 2016.

Tahun ini merupakan kali kelima ia diadakan dari 14 sehingga 20 November ini.

Antara tujuannya adalah bagi meningkatkan mutu kemahiran dan mempelajari kerja penterjemahan dalam pelbagai bidang seperti dalam penerbitan buku atau majalah, penulisan berita dan penerbitan akhbar.

Dua pegawai kerajaan Singapura semasa mengadakan lawatan ke Brunei Press Sdn Bhd. – Gambar oleh Muiz Matdani
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -