Asap dalam kabin, MASwing berpatah balik ke Miri

MIRI, 31 MEI – Pesawat ATR milik MASwings membawa 25 penumpang dan empat kru yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri ke Labuan petang ini terpaksa berpatah balik setelah asap keluar dari kabin pesawat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata berdasarkan maklumat diterima daripada pihak bomba lapangan terbang, juruterbang telah menghubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Miri memaklumkan kejadian tersebut.

Terdapat 25 penumpang, dua juruterbang dan dua pramugari dalam pesawat tersebut.

Beliau berkata pasukan Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dengan kekuatan tujuh anggota dan dua jentera telah digerakkan untuk bersiap sedia di kawasan landasan sebaik saja panggilan kejadian diterima. – Bernama