WASHINGTON, 11 Julai – Beberapa penerbangan dari dan ke Washington terpaksa ditangguhkan atau dilencongkan, malam tadi, apabila menara kawalan trafik udara terpaksa dikosongkan selepas pihak berkuasa mengesan kemunculan asap.
Pihak berkuasa berkata, kejadian di Leesburg, Virginia itu menjejaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Baltimore-Washington (BWI) Thurgood Marshall, Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dan Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan.
“Pihak bomba tempatan mengarahkan Pentadbiran Penerbangan Kebangsaan (FAA) supaya mengosongkan Washington Center di Leesburg, Virginia kira-kira jam 6.40 petang (waktu tempatan) selepas asap dari tapak pembinaan didapati merebak ke menara kawalan trafik udara.
“Pusat ini mengendalikan pelbagai penerbangan altitud tinggi di kawasan berkenaan. Ia mula menolak pesawat atau memindahkan penerbangan kepada menara kawalan berhampiran sebagai langkah keselamatan.
“Kami sedang berusaha untuk mengembalikan operasi di kemudahan ini dan perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan selepas kami menerima maklumat terbaharu,” kata FAA dalam satu kenyataan. – AFP