Asap kebakaran bunuh tikus Australia

SYDNEY, 27 FEB – Asap toksik membunuh tikus spesies terancam Australia jauh dari kawasan kebakaran hutan, dalam apa yang dikatakan oleh penyelidik merupakan contoh pertama haiwan mati akibat menghidu asap di luar kawasan terbakar.

Penyelidik Universiti Charles Stuart berkata tikus ‘kelabu asap’ Australia – digelar demikian disebabkan bulu kelabu perak – mulai mati dalam kurungan tiga hari selepas asap beracun menyerbak ke ibu negeri, Canberra, pada Januari.

“Tikus kelabu asap yang mati itu menghidapi penyakit paru-paru teruk, dengan sejumlah besar partikel halus bersamaan dengan PM2.5 yang dihasilkan oleh asap kebakaran hutan,” kata pakar kesihatan hidupan liar Andrew Peters. – AFP