Asas ke arah ekosistem digital yang bertenaga

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Ke arah membangunkan ekosistem digital yang bertenaga, penyempurnaan asas adalah kunci utama.

“Asas-asas tersebut termasuk menjadikan pembayaran digital lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh semua orang serta menjamin dan mewujudkan pusat data yang cekap untuk penyimpanan, mengakses dan berkongsi data agar industri dan kerajaan dapat menyelesaikan tugas dengan lebih cekap.”

Kepentingan mendapatkan asas-asas pendigitalan dengan betul itu ditekankan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Ir Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof dalam persidangan bertajuk ‘Laluan ke arah Ekosistem Digital yang Bertenaga’ semasa Minggu Teknologi Digital di Pusat Persidangan Antara-bangsa, Berakas, hari ini.

Ahli-ahli panel lain persidangan ialah Pengarah Eco Bumi Arkitek, Dayang FDr Ar Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman dan Pengerusi InfoCom Federation Brunei (IFB), Pengiran Sarah Pengiran Haji Abdul Latiff yang turut membincangkan mengenai isu pembangunan teknologi dan ekosistem digital di negara ini.

Ahli-ahli panel turut bersetuju bahawa Brunei sedang mengorak langkah ke hadapan dalam pembangunan ekosistem digital seperti yang terbukti dengan platform pendigitalan yang semakin berkembang baik yang diperkenalkan oleh syarikat swasta dan kerajaan.

Ahli-ahli panel membincangkan mengenai ekosistem digital pada persidangan yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani