Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    ASCN ke-5 bincang pencapaian inisiatif bandar raya pintar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof telah menghadiri Mesyuarat Tahunan ASEAN Smart Cities Network (ASCN) ke-5 secara maya, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), mesyuarat itu antara lain membincangkan mengenai perkembangan dan pencapaian terkini projek-projek dan inisiatif-inisiatif bandar raya pintar di bawah ASCN yang mana Negara Brunei Darussalam telah pun menyampaikan perkembangan beberapa projek termasuk tiga projek flagship di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital iaitu Digital ID, Digital Payment dan National Information Hub.

    Brunei sebagai Pengerusi ASCN 2021 juga mengongsi laporan ringkasan mengenai aktiviti-aktiviti ASCN pada 2021. Di samping itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai kebolehlaksanaan ASCN bagi 2022 dan kerjasama di antara ASCN serta rakan-rakan luar ASCN.

    Mesyuarat seterusnya bersetuju untuk menerbitkan ASCN Monitoring and Evaluation Report 2022 dan laporan seterusnya pada laman sesawang ASCN dan juga portal dalam talian ASCN yang akan datang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hong Kong adakan pilihan raya majlis pertama di bawah peraturan baharu

    HONG KONG, 10 DIS - Penduduk pergi mengundi pada hari ini dalam pilihan raya majlis daerah pertama Hong Kong sejak rombakan pilihan raya dilaksanakan...